Uber ingin memperkenalkan UberEATS Di Kuala Lumpur

Uber ingin memperkenalkan UberEATS Di Kuala Lumpur

Uber merupakan salah satu perkhidmatan pengangkutan seperti Teksi yang sedia adanya orang ramai sudah ketahuai. Mereka telah beroperasi di Malaysia sejak beberapa tahun ini. Perkhidmatan ini telah ditawarkan di sekitar Johor Bahru, Ipoh, Pulau Pinang dan beberapa lokasi lain.

Terkini, Uber dilihat turut akan menawarkan satu lagi perkhidmatan terbaru untuk pengguna tempatan, dinamakan UberEATS.

Sebelum itu apakah itu UberEATS? UberEATS adalah servis penghantaran makanan dari restoran yang anda ingini dalam masa 10 minit atau kurang. Jadi ianya adalah servis penghantaran makanan seperti Foodpanda.

ubereats-650x340

Servis ini praktikal untuk golongan yang bekerja kerana makanan yang dipesan akan terus dihantar ke pejabat ataupun di mana-mana saja lokasi anda. Perkhidmatan ini dapat dilihat sangat mambantu dan memudahkan.

Buat masa ini, ia tidak lagi diketahui bilakah Uber akan melancarkan UberEATS untuk pasaran tempatan. Namun, mereka telah mula mencari pekerja dan wakil tempatan dalam memperluaskan UberEATS di Malaysia. Uber melalui halaman carian kerja mereka mengatakan pekerja yang dicari akan memainkan peranan penting dalam membentuk jenama UberEATS di Kuala Lumpur kelak.