Google Ignite kembali lagi

Google Ignite kembali lagi

Program latihan ke latihan industri kembali untuk  membantu lebih ramai pelajar universiti mendapat pensijilan Google AdWords dan  bersaing untuk  latihan industri

Kuala Lumpur, April 13, 2016: Google  Ignite, program perintis latihan ke latihan industri (training-to-internship) yang dilancarkan oleh Google  Malaysia Julai tahun lalu kini kembali untuk  tahun kedua. Program tersebut memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran pemasaran digital menggunakan pelantar Google  bersama pensijilan buat  pelajar universiti Malaysia.

Tahun  ini, program latihan tersebut melibatkan 16 buah kampus universiti: HELP University, INTI International Universities and  Colleges (KL, Subang, Penang, Nilai and  Sabah), Limkokwing  University, UCSI University, MMU Cyberjaya, MMU Malacca, Monash University, Sunway Ipoh and  Nottingham University, Taylor’s University (Lakeside), UTAR (Perak and Sungai Long).

Program tersebut bermula pada minggu ini dan  berakhir pada bulan  Ogos dengan pesta kerjaya  Google  Ignite 2016  yang bertujuan untuk  menempatkan sekurang-kurangnya 150 pelajar cemerlang dan  graduan yang memiliki latihan industri di antara agensi-agensi dan jenama-jenama digital terbesar di Malaysia.

Para pelajar yang tidak menerima tawaran latihan industri masih akan  menerima pensijilan Google  AdWords yang akan  menambah nilai kelayakan mereka untuk  bekerja bersama agensi-agensi atau jenama-jenama digital.

“Sepertimana yang kita tahu, setiap carian atas talian  mempunyai tujuan — sama ada  untuk mendapatkan lebih maklumat atau untuk  membuat pertimbangan dan  perbandingan untuk sesuatu pembelian — dan  pelantar-pelantar Google  direka  untuk  memberi maklumbalas yang terbaik buat  carian-carian tersebut. Setiap hari, jutaan carian dibuat di google.com.my,” kata Denise Gamo, Ketua Pemasaran PKS (perusahaan kecil dan  sederhana) di Google  Malaysia.

“Pengguna masa kini membuat keputusan dalam skala mikro-masa — detik-detik penuh tujuan di mana sesuatu keputusan di buat  atau sesuatu pilihan di bentuk. Terdapat pelbagai detik sedemikian, namun yang penting buat  sesuatu jenama adalah detik-detik di mana anda ingin mengetahui sesuatu perkara, pergi ke sesuatu tempat, buat  sesuatu perkara dan  beli sesuatu produk. Detik-detik sebegini bukan sahaja mendedahkan siapa pengguna anda, tetapi juga, keinginan dan  keperluan mereka,” kata  Gamo.

Google  Malaysia berminat untuk  menggerakkan ekosistem digital tempatan dengan

membantu para pelajar memulakan kerjaya  mereka dalam bidang pemasaran digital dan pada masa yang sama mengasah bakat-bakat digital di Malaysia. Syarikat tersebut berharap tahun kedua program ini akan  menghasilkan lebih banyak graduan celik digital.

Sepanjang tempoh program tersebut, Google  akan  membekalkan pihak-pihak universiti dengan sumber pembelajaran atas talian  untuk  aktiviti ulang  kaji dan  juga latihan Google AdWords di kampus agar para pelajar menerima pengiktirafan yang akan  melayakkan mereka untuk  latihan industri bersama majikan-majikan terbaik di Malaysia.

Inisiatif menyeluruh ini akan  membuka minda para pelajar universiti untuk  memperoleh pendidikan yang menjangkaui apa  yang dipelajari di fakulti masing-masing, mendapat latihan yang hanya mereka boleh  diperolehi sebagai seorang pekerja, dan  menggunakan sepenuhnya peluang latihan industri yang diberi oleh Google.

Untuk maklumat lanjut mengenai Google  Ignite, layari:  www.google.com.my/landing/ignite